Students

Contoh aktiviti kumpulan : sosiodrama

Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa

Apabila Guru meminta melakonkan semula peristiwa -peristiwa yang telah berlaku
                      
Babak 1:

British
:
Hoi, kamu semua kena cepat siapkan laluan pedalaman dan pasang kawat telegraf antara Tenom dan Rundum...Faham!!..kalau tidak, habislah kamu semua...!!
Kaum Murut
:
Baiklah tuan....
British
:
Kamu suami isteri tidak perlu nak hidup bersama. Aliran sungai ini akan menjadi pemisah antara kamu!!!
Suami isteri
:
Kalau kami rindu sesama sendiri?
British
:
Hahaha!!! Rindu? Bayar satu dolar kalau mahu berjumpa!!



Babak 2:





British
:
Rasanya hutan ini bagus kalau dapat bina jalan...hei, budak saya nak kamu bina jalan di sini...
Kaum Murut
:
(Sesama kaum Murut) Kejamnya mereka!! mereka menggangu roh nenek moyang kita. Harap-harap mereka dikacau nanti dalam mimpi mereka..padan muka!!
Kaum Murut
:
Bolehkah kalau kami mau tanam-tanam disini? Kami perlukan beras untuk makan...
British
:
Hahaha...mau main tanam-tanam? Tidak langsung dibenarkan!! Kami mau guna kawasan ini..!! Lagipun kamu semua kena bayar cukai sebab guna hutan ini dan untuk tempat tinggal kamu juga!!
Kaum Murut
:
Aduh!! Kita pula kena bayar cukai, padahal sudah berabad-abad kita tinggal di sini...sial betul!!! Berapakah cukai yang perlu dibayar?
British
:
Cukai kepala, setiap kamu bayar satu dolar, cukai tanaman pindah, bayar 50 sen setiap 0.4 hektar, cukai pohon kepala, 25 sen sepohon dan cukai ikan besar dan memelihara anjing, satu dolar seekor!!!
Kaum Murut
:
Matila kita!!



Babak 3:





Antanom
:
Kita tidak boleh duduk diam saja bah. Kita harus lakukan sesuatu!! Bah, kita harus bersepakat dan teruskan perjuangan dua pahlawan kita iaitu Linggam dan Melayak.
Kaum Murut
:
Ya..kita tidak boleh diam-diam jak...mari kita bergabung tenaga!!
Antanom
:
Kita berjaya kumpul 900 pahlawan dari Tenom, Keningau dan Pensiangan. Kita harus bina kubu induk pertahanan kita. Kita bina di Selangit. Manakala kubu-kubu lain kita bina di menining, hulu sungai Telokoson, kubu Liohon, kubu Impal dan kubu Salang.  
Kaum murut
:
Ya!! Mari kita...!!





Babak 4:





Antanom
:
Sudah tiba masanya kita serang si biadap itu!! Mari kita serang pensiangan itu dulu!!!
Kaum murut
:
Ya......serang!! serang itu bangunan pentadbiran mereka juga!!
British
:
Apa yang sedang berlaku ini?...serang...!!!
Antanom + pahlawan
:
Musnahkan penempatan itu juga!!!
Antanom
:
Ya!! Kita berjaya...walaupun kita hanya menggunakan sumpit, tombak dan pedang...apa yang sedih adalah ramai pahlawan dan kaum wanita telah meninggalkan kita...maka, kita tidak harus bagi mereka masa untuk berfikir lagi. Selepas ini kita serang Rundum!!
British
:
Oh! ini memang tidak dijangkakan langsung. Pergi serang kubu mereka di selangit itu yang mereka tempatkan tujuh rumah di bawah tanah itu!!
Askar british
:
Tuan, kami tidak dapat lakukan apa-apa...



Babak 5:





British
:
Cis, ini tidak boleh jadi!!! Kita harus mengambil langkah yang bijak selepas ini. Kita harus memasang helah...bagitau antanom bahawa kita berdamai saja.
Kaum murut
:
Kita berjaya...british mau berdamai sama kita. Mereka minta kita pergi Rundum untuk berdamai. Bah, mari kita pergi.
British
:
Hari ini adalah hari keempat mereka sudah berjalan...inilah masanya!! Mari kita pergi kepong dan tahan mereka...
British
:
Kenapa tidak dapat bunuh kamu??!!!
Antanom
:
Hoi, pengecut!! Kamu bermain helah sama kami!! Cubalah kalau kamu dapat bunuh saya...hahaha!!
British
:
Errr....bunuh pengikut-pengikut dia!!!
Antanom
:
Jangan!!..Jangan!!...baiklah saya bagitahu kamu rahsianya.. kekebalan saya ini terletak pada tali pengikat tangan dan kaki saya.
British
:
Haha..bagus dan selamat tinggal!!!(pancung kepala Antanom)
Kaum Murut
:
Sungguh kejam mereka!! Apakah daya kita..Kita berpindah ke pedalaman Kalimantan.